24.6.13

My Pregnancy


My Pregnancy


Mood teruja bagai lepas balik bercuti dari langkawi...

cuaca panas di utara sememangnya jatuh rangking st1 adalah negeri perlis.

sampai di petaling jaya time tuu mmg badan aku panas sangat...letih tak bermaya toksah

tak usah di cakap,di tambah segugut di ari-ari yang kian berdenyut-denyut.

dh masuk 3 bulan tak datang pe***   


siap rasa mual-mual lagii....mana mungkin ...macam tak percaya.aku pulak letih semacam,dalam masa yang sama mother in law datang kerumah seminggu bercuti..ku gagah jugak dengan kedrat yang ada untuk masak,mengemas ,memasak dan melayan mil..

sesudah 2,3 hari aku suruh husband belikan pregnant test @ upt kat watson yang terdekat..

apa lagi en.A my husband laju ja pegi bli...

siap bli 3 jenis yang seperti di gambar & satu lagi yg lebih mahal...tapi aku xde snap gambar..


mood teruja beb.... :P

alhamdulillah...akhir nya....3 tahun kami menanti saat -saat indah dan tak ternilai nii...

esoknya pagi2 subuh aku buat upt...smangat ko... tgok double line untuk aku.....

mengalir air mata panas di pipi...cepat2 aku kejut en,A

Dengan penuh syukur...husbandku x putus-putus ucap kata syukur..

pagi tuu terus kami solat subuh dan sujud syukur bersama.

en.A terus kejut maknya...

sesudah hari pun cerah ...en,A terus ajak aku pegi chek-up sekali lagi di klinik Family Taman sri manja


dokter siap scan lagi supaya kami benar-benar berpuas hati....di screen scan tu (pe ntah nama machine scan tuu xtaw,,,)terlihat sekujur bulat seperti telur yg berdegup jantungnya,,,itulah bayi kami...time tuu dah masuk 6  week...

aamiin...aamiin SYUKUR pada MU ya ALLAH...




nanti sambung lagi yer....banyak lagi ingin aku kongsikan kegembiraan kali nii...... bubbyyee....

21.5.13

Langkawi Trip Wit My Mil







jom balik kampungg....Hiway pluss menuju ke ipoh



Assalamualaikum happy weekend....dah terjumpa gambar kat langkawi island nii,teruja plak aku nak bercerita...

hujung tahun iaitu... bulan disember 2012 en.somi ambik cuti 2 minggu untuk habiskan cuti di kampung halaman 

kami di Perlis, sebenarnya dah lama dah kami tak bercuti...memandangkan aku full house wife...agak boring

 gak la asyik berhempas pulas je dengan rumah tangga...so,dah en.somi bagi green light untuk bercuti ...aku 

lah currpp dulu...aku pilih pulau langkawi...dah bertahun kott aku tak jejak kaki ke tanah sumpahan mahsuri 

tuu...seingat aku last aku pegi tahun 2000...tuu pun zaman skoll dulu...besalakan kalau dah dekat dengan 

kampung jadi tak heran dan tak kecewi pun nak ke sana....

memandangkan pada waktu tuu kami masih couple availabe.belum ada baby comey.(istilah haper aku pakai..huhu..)

jadik en.somi ajak le my mil skali join trip kami kali nii...





my mil masih mengasuh cucunya yang sejak dri kecil lagi dia jaga...sebab my biras bekerja laki binik...so 

hangkutla skali cucunya...

buat peneman toknya ...dah 11tahun...namanya azmir...uikkk...dah kot citer pasai anak sedara aku tu... 





kat dalam ferry dapat sit belakang sekali   


siap panjat tengok laut kt atas ferry tuu...


sorry gambar yang di snapp tak berapa cunn...sebab i pakai dress


di tiup angin apa lagiii seksa siuutt.....






kami bertolak dari jeti kuala perlis jam 9.00 am

my brother in law yang tolong hantar kami...kalau tak tak pasai-pasai si hitam en.somi kena bayar charge 

parking untuk 3 hari..


.sampai sana dlm 8.50am..terus beli tiket..harga bagi orang dewasa Rm 18 dan kanak kanak Rm13.

'''''''''






sampai di langkawi dlm 9.50am...  macam tu...apalagi snap sana...snapp sini.... so layan la yerkk...













pemandangan dari jeti pekan  kuah






mak ngn menantuu pilihan...tuttt...tuttt...(@_^)hoo..hoo



dah penatt berposingg dapat la panggilan dari anak sedara sulung aku... 

shamila...wati..



masih sweet n slim walaupun dah ber anak 2....yang nii my cucu hehe dah ado cucu...Si Putera Sufi




.aku ni banyak anak sedera u oalss...yang nii anak akak sulung aku...dia dah menetap kat 

langkawi hampir 3 tahun...so,jimat lagi kos untuk aku menyewa hotel dan kereta kat langkawi yang dah sedia 

maklum mahal giler time2 cuti sekolah...

sampai sana dia jemput kami kat dataran helang dengan kembara comelnya ...

cukup-cukup muat la untuk kami berjoli pusing-pusing langkawi...3hari 2 mlm...

opssttt terlupa pulak nak snap kediaman sewa anak sedara aku...adress pun dah lupa...huh...memang poyo

 punya mak sedara..dah la transport free,penginapan free...adeiii... lain kali tanya betuii2...hihi...


dah sampai kat rumah waty...aku pun tukar lahh dress aku kepada pakaian casual cewahhh...

dah rest kjapp terus keluar ke restorant berdekatan untuk lunchh...


sorry gambar tak ada...tapi memang berbaloi...


kami makan 7  0rg termasuk cucu aku yangg 2 org tuu xsampai 50 henggett....


bolehh datang lagi service pun okehh...air ada 3 pilihan...sirap...anggur,,sarsi...free u oalss...

tak silap restoran tu dekat area kg. Perana Ulu Melaka

dahhh layan jee gambar ni...




tengah beratur untuk ambik tiket naik cable car ke gunung mat cincang...

wajah keletihan  terpancar oh..hhh my mil....






pemandangan indah dari atas cable car








my cucu boboy rock kat depan tuu...lagaknya seperti artiss rock...macam pak sedara nya jugakk...aweera MoJO tuu..

winkkk....winkkk aweera pun joink topik ni gakk haha..




wit my beloved husband.....






second day.......



berpicnic di Lubuk Sembilang...just makan-makan ...tak berminat nak bermandi-manda...

thanks alot to anak sedara aku yang rajin menyiapkan bekalan untuk perkelahan kami....










tiba di Mahsuri ...kami berkesempatan menyaksikan tarian tradisional dan nyanyian dari artis kebudayaan langkawi...

di
studio kebudayaan Mek Mulung




tiket  haruslah kena bayar....bukan masuk free yer....


tapi kami sekeluarga dapat masuk free ..oleh kerana suami anak sedara aku merupakan artis budaya di situ...so...kami perlu ambik tiket merah..(.percuma..)







Last day...hari untuk menyoping apa yang patut...


besalah rutin orang perempuan seperti aku.. mesti nampak pinggan mangkuk...


murah-murah betul..

antaranya  di Haji Ismail Group..

&




IDAMAN SURI.... Tempat paling ngetoopp untuk shoping..


sempat la aku sambar dua tiga set pinggan mangkuk dan set cawan...

selebihnya shoping kain batik dan chocolate...







sekian entry langkawi trip kali nii....

percutian yang bajet gilaa....


(^_@)

10.5.13

Aku Kembali Dengan Sinaran Cahaya Baru





Assalamualaikum pembaca sahabat taulan dan geng blogger,dh lma aku menyepi dari dunia maya nii..

.so...im here now..

hehe..smangat ko...mcm2 aaku nk citer...percutian bajet,bab pregnancy,bab hobby henglish aku,bab makan2...mcm2 bab la....tunggu...



jadik ko layan la gambar-gambar mukadimah aku nii dulu yepp'''''(^_@)










ni gambar tuan tanah yang dh lama tak bersua muka....jangan meluat nak tatap udah ler...hoho....















tahun lepas punya cerita.....good bye 2012




pic nii masa raya puasa tahun lepas aku beraya kt istana Arau Perlis.....

semangat ko...nak dapat duit raya dari Yang Mulia Raja perlis YAM Syed Sirrajuddin


lepas tu dapat ler bersalam-salaman dengan kerabat Raja Perlis....


pic belum upload dlm Pc BARU AKU NIE...HUHU~:p



























Haaa...yang niii hobby n minat baru aku....



banyak lagi aku nk citer pasal sewing...menyewing nii..hehe peribahasa baru aku...



so layan lah dulu gambar-gambar yang aku post nii yepp..









26.8.12

Tadarus Di Bulan Ramadan 1433H @ 2012


assalamualaikum w.b.t muslimin & muslimat seluruh dunia>....

Sepanjang bulan Ramadan setiap tahun, Rasulullah akan bertadarus dengan Jibrail hingga khatam untuk memperbaiki sebutan dan mendalami isi kandungan dan pelaksanaan tuntutan Al-Quran itu sendiri. Pada tahun kewafatannya, baginda khatam sebanyak dua kali.
“Dari situ lahir amalan tadarus pada bulan Ramadan yang bermakna saling tegur menegur dalam mempertingkatkan mutu dan ketepatan bacaan masing-masing,” jelas Syaikh Ismail.
Umat Islam tempatan di saran mengamalkan cara tadarus dengan betul iaitu memperbaiki bacaan sambil mengkaji isi kandungan kitab dan bukan berlumba-lumba menghabiskan bacaan 30 juzuk Quran.
Kelebihan tadarus dijelaskan menerusi hadis sahih Muslim yang menyebut, Rasulullah S.A.W telah bersabda: “Tidak ada satu kaum yang berhimpun pada satu rumah Allah daripada rumah-rumah Allah yang membaca Al-Quran dan belajar memahaminya di kalangan mereka melainkan Allah menurunkan rahmat dan ketenangan, dilindungi oleh para malaikat dan diingati oleh Allah disisi-Nya”.Sepanjang bulan Ramadan setiap tahun, Rasulullah akan bertadarus dengan Jibrail hingga khatam untuk memperbaiki sebutan dan mendalami isi kandungan dan pelaksanaan tuntutan Al-Quran itu sendiri. Pada tahun kewafatannya, baginda khatam sebanyak dua kali.
Amalan tadarus pada bulan Ramadan yang bermakna saling tegur menegur dalam mempertingkatkan mutu dan ketepatan bacaan masing-masing,”
Kelebihan tadarus dijelaskan menerusi hadis sahih Muslim yang menyebut, Rasulullah S.A.W telah bersabda: “Tidak ada satu kaum yang berhimpun pada satu rumah Allah daripada rumah-rumah Allah yang membaca Al-Quran dan belajar memahaminya di kalangan mereka melainkan Allah menurunkan rahmat dan ketenangan, dilindungi oleh para malaikat dan diingati oleh Allah disisi-Nya”.



Aktiviti Sepanjang Ramadhan 2012 

~bergambar kenangan DI MAJLIS KHATAM AL-QURAN warga kuaters IPD PJ~

~Majlis Khatam Al-Quran Anjuran Wanita UMNO PJ at Tmn Medan~

~Majlis Khatam Al-Quran Ahli PERKEP IPD PJ~



Insyaallah jika diizinkanNya berjumpa lagi kita di tahun hadapan 

tambah ilmu tambah amal...maasalamah wa ila liqa' (~_~)

20.7.12

CARA MENUNAIKAN SOLAT TERAWIH




Hukum solat sunat Terawih ialah sunat Muakkad (yang sangat dituntut) dikerjakan oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadan samada secara berseorangan atau berjemaah. Waktu Sembahyang Sunat Tarawih ialah selepas menunaikan sembahyang fardu Isyak dan sunat ba’diah dua rakaat.











Abu Dzar al-Ghafiri ra. menerangkan bahawa:
Kami berpuasa bersama Rasulullah s.a.w. dalam bulan Ramadhan. Baginda tidak bersolat (Terawih) bersama kami sehingga baki tujuh malam terakhir. Lalu (pada malam tersebut) baginda bersolat (Terawih) bersama kami sehingga sepertiga malam. Kemudian baginda tidak bersolat (Terawih) bersama kami pada malam keenam (sebelum akhir Ramadhan). Baginda bersolat (Terawih) bersama kami pada malam kelima (sebelum akhir Ramadhan) sehingga seperdua malam. Maka saya (Abu Dzar) berkata: “Ya Rasulullah, alangkah baiknya jika kamu memberi keringanan kepada kami pada malam ini.” Rasulullah menjawab: “Sesungguhnya sesiapa yang bersolat (Terawih) bersama imam sehingga selesai maka Allah Menulis baginya (ganjaran seumpama) bersolat sepanjang malam.”
[H.R. An-Nasa'i]

Rakaat Sembahyang Sunat Tarawih

Sunat Tarawih sebanyak 20 rakaat, tetapi ada juga yang hanya menunaikan sekadar 8 rakaat sahaja. Sembahyang sunat Tarawih hendaklah ditunaikan dua rakaat pada tiap-tiap satu kali takbiratul ihram, kemudiannya dilakukan lagi sehingga genap rakaat yang dikehendaki.



Lafaz Niat Sembahyang Sunat Tarawih
(Sahaja aku sembahyang sunat tarawih dua rakaat makmum kerana Allah Taala)

——————————————————————-



Bacaan Surah




Selepas membaca surah al-Fatihah tiap-tiap rakaat sembahyang sunat tarawih ini dibaca pula surah-surah yang tertentu. 


Dari malam 1 hingga 15 Ramadan, pada tiap-tiap rakaat yang pertama dibaca satu surah yang bermula dari surah al-Takatsur hingga surah al-Lahab.




Susunan surah-surah adalah seperti :








~P/S: Pada tiap-tiap rakaat kedua dibaca surah al-Ikhlas.~

Dari malam 16 hingga akhir Ramadan. Pada tiap-tiap rakaat yang pertama dibaca surah al-Qadr. Pada tiap-tiap rakaat kedua dibaca satu surah seperti bacaan rakaat yang pertama bagi malam- malam 1 hingga 15 Ramadan iaitu bermula dari surah al-Takatsur hingga kepada surah al-Lahab.




——————————————————————-





Sembahyang Witir Sebanyak Tiga Rakaat


Selain daripada melakukan solat witir dengan dua niat dan dua salam, solat witir juga boleh juga dilakukan dengan kaedah satu niat dan satu salam.
Sembahyang witir ini ditunaikan dengan satu takbiratul Ihram dan satu salam sahaja. Lafaz niat :

(Versi Rumi)

Usolli Sunnatal Witri Rak’ataini Lilaahi Ta’ala, Allahu Akhbar
“Sahaja aku Solat Sunat Witir, dua rakaat kerana Allah Ta’ala"















Bagi sembahyang witir seperti ini tidak ada bacaan tasyahud (tahyat) awal. Mulai malam 16 Ramadan kita disunatkan membaca qunut. Lafaz qunut samalah seperti sembahyang subuh. Jika tidak membaca qunut sunat , perlu dilakukan sujud sahwi.

Mudah-mudahan perkongsian ini dapat membantu kita dalam memperingati ibadah sunat di bulan Ramadhan ini. Jika ada salah dan silap harap ditegur. Wallahualam.



SUMBER: ABGTEROR.COM: http://www.abgteror.com/panduan-lengkap-solat-sunat-tarawih-ramadhan-al-mubarak-1432h/#ixzz219S0H0EH