20.7.12

CARA MENUNAIKAN SOLAT TERAWIH




Hukum solat sunat Terawih ialah sunat Muakkad (yang sangat dituntut) dikerjakan oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadan samada secara berseorangan atau berjemaah. Waktu Sembahyang Sunat Tarawih ialah selepas menunaikan sembahyang fardu Isyak dan sunat ba’diah dua rakaat.











Abu Dzar al-Ghafiri ra. menerangkan bahawa:
Kami berpuasa bersama Rasulullah s.a.w. dalam bulan Ramadhan. Baginda tidak bersolat (Terawih) bersama kami sehingga baki tujuh malam terakhir. Lalu (pada malam tersebut) baginda bersolat (Terawih) bersama kami sehingga sepertiga malam. Kemudian baginda tidak bersolat (Terawih) bersama kami pada malam keenam (sebelum akhir Ramadhan). Baginda bersolat (Terawih) bersama kami pada malam kelima (sebelum akhir Ramadhan) sehingga seperdua malam. Maka saya (Abu Dzar) berkata: “Ya Rasulullah, alangkah baiknya jika kamu memberi keringanan kepada kami pada malam ini.” Rasulullah menjawab: “Sesungguhnya sesiapa yang bersolat (Terawih) bersama imam sehingga selesai maka Allah Menulis baginya (ganjaran seumpama) bersolat sepanjang malam.”
[H.R. An-Nasa'i]

Rakaat Sembahyang Sunat Tarawih

Sunat Tarawih sebanyak 20 rakaat, tetapi ada juga yang hanya menunaikan sekadar 8 rakaat sahaja. Sembahyang sunat Tarawih hendaklah ditunaikan dua rakaat pada tiap-tiap satu kali takbiratul ihram, kemudiannya dilakukan lagi sehingga genap rakaat yang dikehendaki.



Lafaz Niat Sembahyang Sunat Tarawih
(Sahaja aku sembahyang sunat tarawih dua rakaat makmum kerana Allah Taala)

——————————————————————-



Bacaan Surah




Selepas membaca surah al-Fatihah tiap-tiap rakaat sembahyang sunat tarawih ini dibaca pula surah-surah yang tertentu. 


Dari malam 1 hingga 15 Ramadan, pada tiap-tiap rakaat yang pertama dibaca satu surah yang bermula dari surah al-Takatsur hingga surah al-Lahab.




Susunan surah-surah adalah seperti :








~P/S: Pada tiap-tiap rakaat kedua dibaca surah al-Ikhlas.~

Dari malam 16 hingga akhir Ramadan. Pada tiap-tiap rakaat yang pertama dibaca surah al-Qadr. Pada tiap-tiap rakaat kedua dibaca satu surah seperti bacaan rakaat yang pertama bagi malam- malam 1 hingga 15 Ramadan iaitu bermula dari surah al-Takatsur hingga kepada surah al-Lahab.




——————————————————————-





Sembahyang Witir Sebanyak Tiga Rakaat


Selain daripada melakukan solat witir dengan dua niat dan dua salam, solat witir juga boleh juga dilakukan dengan kaedah satu niat dan satu salam.
Sembahyang witir ini ditunaikan dengan satu takbiratul Ihram dan satu salam sahaja. Lafaz niat :

(Versi Rumi)

Usolli Sunnatal Witri Rak’ataini Lilaahi Ta’ala, Allahu Akhbar
“Sahaja aku Solat Sunat Witir, dua rakaat kerana Allah Ta’ala"















Bagi sembahyang witir seperti ini tidak ada bacaan tasyahud (tahyat) awal. Mulai malam 16 Ramadan kita disunatkan membaca qunut. Lafaz qunut samalah seperti sembahyang subuh. Jika tidak membaca qunut sunat , perlu dilakukan sujud sahwi.

Mudah-mudahan perkongsian ini dapat membantu kita dalam memperingati ibadah sunat di bulan Ramadhan ini. Jika ada salah dan silap harap ditegur. Wallahualam.



SUMBER: ABGTEROR.COM: http://www.abgteror.com/panduan-lengkap-solat-sunat-tarawih-ramadhan-al-mubarak-1432h/#ixzz219S0H0EH
 






FADHILAT SOLAT TERAWIH








“Barangsiapa yang berpuasa dengan penuh iman dan berazam bersungguh-sungguh Allah mengampun dosa-dosanya yang telah lalu, dan barangsiapa yang bersolat pada malam bulan Ramadhan dengan penuh iman dan berazam bersungguh-sungguh, Allah mengampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.
[Shahih Muslim]

Berikut merupakan senarai kelebihan setiap malam solat tarawih:

  1. Keluar dosa orang Mukmin seperti mana dia baru dilahirkan. Ini bermakna dia diampunkan oleh Allah segala dosanya.
  2. Diampunkan dosa orang Mukmin serta kedua ibu bapanya.
  3. Malaikat di bawah Arasy berseru supaya terus melakukan solat Tarawih.
  4. Mendapat pahala seperti pahala membaca kitab Zabur, Taurat, Injil dan Quran.
  5. Mendapat pahala bersolat di Masjid Haram di Makkah, Masjid Nabi di Madinah dan Masjid al-Aqsa di Palestin.
  6. Mendapat pahala seperti pahala malaikat yang tawaf di Baitul Makmur. Batu-batan dan tanah mendoakan agar diampunkan dosanya.
  7. Mendapat pahala orang yang berjuang bersama Nabi Musa a.s. melawan Firaun dan Haaman.
  8. Mendapat pahala Tarawih seperti pahala Nabi Ibrahim a.s.
  9. Pahala dan mutu ibadat seperti Nabi Muhammad s.a.w.
  10. Mendapat kebaikan dunia dan akhirat.
  11. Keluar dari dunia iaitu mati dalam keadaan bersih daripada dosa.
  12. Pada hari kiamat, mukanya bercahaya.
  13. Pada hari kiamat, aman sentosa daripada kejahatan dan keburukan.
  14. Malaikat bersaksi bahawa dia bersolat Tarawih.
  15. Semua malaikat yang menanggung Arasy dan Kursi berselawat dan mendoakannya.
  16. Terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
  17. Pahala bertarawih seperti pahala para Nabi a.s.
  18. Malaikat berseru: "Hai hamba Allah! Sesungguhnya Allah telah reda kepada engkau dan kepada kedua ibu bapa engkau."
  19. Ditinggikan darjatnya dalam syurga Firdaus.
  20. Mendapat pahala mati syahid dan orang soleh.
  21. Dibina sebuah istana dalam syurga daripada nur (cahaya).
  22. Pada hari kiamat, aman daripada dukacita, kerisauan dan huru-hara Padang Mahsyar.
  23. Dibina sebuah bandar dalam syurga daripada nur (cahaya).
  24. Diberi 24 doa yang mustajab (diterima oleh Allah)
  25. Dilepaskan daripada seksa kubur.
  26. Pahala 40 tahun beribadat.
  27. Ganjaran melintas titian Siratul Mustaqim sepantas kilat.
  28. Diberi seribu darjat di akhirat.
  29. Mendapat pahala seribu haji mabrur (yang diterima Allah).
  30. Penghormatan daripada Allah dengan firman-Nya:

"Wahai hamba-Ku! Makanlah segala jenis buah yang engkau ingin di dalam syurga, mandilah engkau daripada air syurga Salsabila, dan minumlah daripada air telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama "al-Kauthar".





Ramadhan Bulan Kerberkatan


Assalamualaikum (selamat sejahtera ke atas kamu semua),





Selamat Menyambut Ketibaan Bulan Ramadhan Yang Mulia 
Pada Semua muslimim & muslimat Seluruh Dunia :)


Bulan Ramadhan didalam Islam merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan dan kedatangannya selepas dua bulan yang juga istimewa iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menguatkan dan menyuburkan rasa tanggungjawab dan keinginan menambahkan ibadat kita kepada Allah S.W.T.

Puasa iaitu menahan diri daripada melakukan sesuatu seperti makan, minum dan bercakap perkara yang tidak elok dari segi bahasa. Dan dari segi istilah syaraknya pula, puasa ialahmenahan diri daripada sebarang perkara yang membatalkannya bermula dari terbit fajar hingga matahari terbenam dengan niat puasa.



setahun dah berlalu kini bulan yg mulia lagi indah muncul lagi...anda ingat ke niat untuk berpuasa esok...ha...kalau ingat2 lupa tu...boleh ler semak semula :)


~selamat beramal~