Google+ Followers

22.10.11

Tart Nenas




Bahan-bahan :

600 gm tepung gandum
160 gm gula ising
300 gm marjerin (dyg guna cap Puteri perisa mentega vanilla)
140 gm mentega
2 biji kuning telur gred A
1 sk esen vanila
3 sudu besar tepung susu
Jem nanas secukupnya
kuning telur + setitik pewarna kuning (utk sapuan)

Cara-cara :

1.Pukul mentega dan marjerin bersama gula hingga kembang.
2.Masukkan kuning telur satu demi satu sambil dikacau. Masukkan esen vanilla dan kacau lagi.
3.Masukkan tepung dan tepung susu. Kacau hingga sebati.
4.Tekapkan atau bentukkan adunan mengikut citarasa masing2. Letakkan inti nanas di tengah2nya dan gulung atau tutup kemas.
5.Susunkan doh tadi di atas dulang pembakar (griskan dgn sedikit mentega) dan sapukan kuning telur pd permukaan doh tadi.
6.Bakar selama 20-25 minit atau sehingga keemasan pd suhu 160C.
***jika adunan terlebih lembik, bolehlah ditambahkan sedikit tepung.

resepi diambil dr.blog resepiku sayang...tq Dj Dayang